Adakah ini Pukulan Maut Terakhir untuk Khalifah Amreeka?

January 16th, 2009 by nubli
Assalamualaikum
 
Suddenly I got a new idea last night, when I was lying on my bed.
 
We know that the US economy is severely stumbling right know and the US gorverment is spending hunred billions to bailout important companies across the states such as banks, insurance companies, car makers etc.
 
CAR MAKERS
 
we know that automotive industry is one of the most affected business due to credit crunch crisis lately. for example Nissan need to cut jobs around 1200 (if i’m not mistaken), Honda need to halt UK production until June 2009, Jaguar might need government bailout and the list goes on.
 
The same thing happen to 3 giant US car makers; GM, Ford and Chrysler.
 
I believe this can be used as an ultimate weapon if president elect Barack Obama won’t change their policy towrads GAZA/Palestine conflict.
 
I believe if we carry out massive boycott campaign against these 3 car makers, they will colapse and maybe US economy profile too, by god will.
 
There are loads of reason why we could be successful:
 
1. US cars are not as good as European or Japanese cars.
2. We can influence Middle East countries and developing countries not to buy US cars. Not to be forgotten, there is quite big population of muslim in Europe especially France.
3. These companies are dying even before we put on any boycott
4. There is nothing addictive in cars. like some people they must drink coca-cola because they addicted to it, some of them must go to Tesco because it is really, really, really cheap, near their house, handy etc, again, some people feels like they can’t breath if they don’t eat mcdonald once weekly.
4. One car cost about £10 000-50 000, up to 50 000 times more expensive than a bottle of coke maybe, mean one person boycott same to 50 000 peoples boycott on coke. However I would suggest current Israel-related company must keep going on.
 
and finally I enclosed part of Mr Farish Noor’s article:
 
“….In a space of 12 months after the crisis broke out, I had written 2 academic
papers, given 8 talks and took part in six international conference on the
issue. Now let me recount one of these conferences in some detail. It was a
conference held in an Arab country that was put together by an American-European
business planning institute and present at the meeting were CEOs of some of the
biggest players in the capitalist world. I am not at liberty to go into the
details of the discussions we had due to the Chatham House rules by which we
operated, but let me just say that one CEO in particular was at the helm of one
of the biggest automobile companies in Europe.

This is what the CEO of the European car company had to say to me: 33 per
cent of our exports go to the Arab world, and 15 per cent goes to the developing
world. If a major global boycott of our cars is carried out, we can hold out for
6 months before retrenchments begin. After 12 months we close down for good,
because we can never recover after such a thing.

Now these were the words of one of the most important CEOs on the planet.
Cognisant of the fact that their luxury cars are increasingly bought in Asia and
the Arab world, he knew very well what a boycott of their cars would do. And the
man was scared. Terrified in fact.

That the CEO of a company as powerful as this could tremble before the prospect
of a clientele that exercises their collective will is instructive. I saw the
same with the other CEOs and at all the business meetings I took part in during
the 12 months after the Danish cartoon controversy….. ”

 
I’m more than happy to hear from you soon. 
 
Yours sincerely,
Mohd Nubli Fahimi Mustapa
3rd year Medical student
Queen’s University Belfast

Evolusi Bahasa

January 3rd, 2009 by nubli

Evolusi bahasa: “Kot”

Semasa menyertai Pehimpunan Musim Sejuk anjuran Majlis Syura Muslimun (MSM) Disember lepas saya telah menemukan satu lagi evolusi bahasa Melayu. Secara asalnya perkataan “kot” bukanlah satu perkataan formal yang saya rasa tidak akan ditemui dalam Kamus Dewan. Perkataan “kot” dalam pertuturan seharian adalah tambahan kepada hujung ayat yang memberitahu bahawa penutur tidak pasti tentang kesahihan fakta yang diberitakan.

Contoh:

Teknik lama penggunaan “kot”:

§  “ Ntah, dieorang tak datang kot”

§  “Tak pasti aaa, aku sampai pukul 3 kot”

§  “ Dia tak bagitau pun. Dia nak pergi dengan sepupu dia kot”

 

Teknik  baru:

§  “ Dia tu nombor satu masa kat sekolah kot. Nombor  1 dia, nombor 2 Sazali, nombor 3 Lili” (Pada hal penutur sedang memberitahu fakta)

 

§  “Teruk sangat kot. Aku tengak bahagian depan kereta tu remuk habis”

 

            Seperti dikatakan, penggunaan “kot” pada asalnya adalah untuk menunjukkan satu ketidakpastian oleh penutur. Manakala penggunaan baru lebih kepada penyeri ayat, atau penutup ayat, seperti penggunaan “bah” oleh orang Sabah atau “maa” oleh oleh orang Cina.

Evolusi, Bukan Penggunaan Salah Tatabahasa

            Saya lebih suka meletakkan perkembangan ini sebagai evolusi bahasa dan bukan penggunaan tatabahasa yang salah. Kerana bagi saya penutur sesuatu bahasa yang akan mengharmonikan atau mengkayakan bahasa itu dan bukannya penutur yang kena mengikut undang-undang bahasa bulat-bulat dan tidak menokok tambah. Ini penting kerana dalam zaman perkembangan ilmu dan memperkasakan bahasa, transformasi dan evolusi bahasa itu penting untuk memastikan kebolehidupan (survival) bahasa akan terus terjamin.

            Lihatlah semasa Malaysia mula menganjurkan perlumbaan Formula 1. Tiba-tiba sahaja wartawan menggunakan istilah “hentian pit” untuk “pit stop”. Padahal  tiadalah jua perkataan ini dalam kamus dewan mahupun telah disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Maka timbul persoalan, siapakah yang memacu evolusi bahasa, atau siapakah yang layak untuk menambah perbendaharaan  Bahasa Melayu. Bagi saya jawapannya adalah penutur Bahasa Melayu secara kolektif, yang bermula dengan menuturkannya di satu peringkat awal, kemudian merebak ke peringkat nasional, sehinggalah diterima oleh panel Dewan Bahasa dan Pustaka.

Evolusi vs Salah Tatabahasa

Bagi generasi saya, hukum tatabahasa diajar dengan begitu mendalam di peringkat PMR. Tetapi agak malang kerana saya merasakan berita-berita di televisyen menyajikan penonton atau pendengar dengan penggunaan tatabahasa yang bagi saya kurang tepat. Maka apalah guna kita menggariskan dalam tatabahasa Bahasa Melayu KBSR dan KBSM itu dan ini, tetapi di dunia realiti hukum tatabahasa tidak begitu dipatuhi. Evolusi bahasa yang saya sentuh sebentar tadi haruslah diperhati agar kita bukan sahaja mengkayakan perbendaharaan Bahasa Melayu, tetapi juga  mengelakkan pertembungan keterlaluan antara evolusi bahasa dengan hokum tatabahasa yang sedia ada. Proses pemindahan penggunaan bahasa evolusi dari hukum asal tatabahasa perlu dipraktikkan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kekeliruan dalam komunikasi harian yang mungkin boleh mencetuskan sekecil-kecil salah faham kepada sebesar-besar pergaduhan.

 

McCain’s Concession Speech

November 5th, 2008 by nubli

“Senator Obama and I have had and argued our differences, and he has prevailed. No doubt, many of those differences remain. These are difficult times for our country, and I pledge to him tonight that I will do all in my power to help him lead us through the many challenges we face,” McCain said. “I urge all Americans who supported me to join not only in congratulating him, but offering our next president our good will and honest effort to find the necessary compromises to bridge our differences.”

5 Nov 2008, Arizona Biltmore

Harga Minyak: Penurunan Ketara Tidak Perlu

October 19th, 2008 by nubli

Harga minyak kini berlegar-legar pada paras 70-80 USD setong. Penganalisis ekonomi percaya harga minyak mampu turun ke paras 50 USD setong. Pada tahun 2005, ketika harga minyak berada pada tahap 70 USD, harga minyak di negara kita adalah pada RM 1.62. Maka adakah dengan penurunan ke 50 USD setong kita perlu turunkan lebih rendah berbanding RM 1.62?

Pada tahun 2005, subsidi minyak yang ditanggung berjumlah RM 7.41 billion (harga minyak USD 70 setong) manakala 2006 9.76 Billion (78.4 USD setong). Lonjakan harga minyak ke 99.29 USD setong menyaksikan kerajaan membelanjakan RM 31.4 billion untuk subsidi minyak sahaja.

Saya merasakan harga minyak sekarang tidak perlu ditekan ke paras terendah yang mampu kerana langkah ini tidak effisien dalam menekan harga barangan runcit. Ya, kalau masa minyak naik 10 sen dulu kedai mamak dengan segera dan tanpa ragu2 akan naikkan harga roti canai 10 sen jugak, sebab katanya kos meningkat. Tapi bila harga minyak turun mamak kedai akan teragak-agak untuk turunkan harga, sebab masa ni la nak buat untung lebih.

Contoh di atas merupakan contoh mudah untuk menunjukkan penurunan ketara harga minyak tidak mampu membantu taraf hidup rakyat jelata. Kita boleh survive dengan harga minyak RM 2.70, kita rasa lega bila harga minyak turun ke RM 2.10. maka saya rasa harga sekitar RM1.90-2.00 adalah munasabah untuk taraf hidup sekarang.

cumanya macam mana kerajaan nak belanja dari penjimatan berbillion billion ringgit dari penurunan harga minyak? saya bukan orang politik, bukan orang ekonomi. I don’t know. Tapi for sure kerajaan need new, fresh top gun man untuk handle ekonomi. Nazir Razak sounds good. Kroni? I don’t know, but looking at how he manages CIMB i think this guy is fantastic.

Tribute to MAZA

October 10th, 2008 by nubli

Menemui SS Dr Asri Zainol Abidin

        Dr, sudah agak lama Dr memegang jawatan mufti perlis pada pendapat saya dan pengunduran ini juga adalah sesuatu yang wajar untuk dilakukan. Suara Dr sekarang didengari sekalian penduduk Malaysia walau ada yg membantah ada yang mencemuh. Saya rasa dengan platform dan rangkuman yang Dr ada sekarang sudah cukup untuk meneruskan arus pro sunnah. Walau dilabel Wahabi, Dr telah berusaha memartabatkan sunnah, membuang amalan-amalan rekaan yang tiada  nas atasnya, menggalakkan kesarjanaan dan bukan hanya mengikut guru membabi buta. Saya rasa kesarjanaan yang ditekankan telah menarik minat ramai golongan mahasiswa universiti, professional, saintis mahupun pengkaji ilmu untuk menyokong pendapat Dr yang dirasakan benar berdasarkan hujah yang dihidangkan. Walaupun ada mereka yang terlibat dalam politik menyifatkan Dr sebagai pengecut dan tidak menjalankan amanah kerana tidak berada dalam saf atau jemaah mereka, saya rasa itu wajar kerana keadaan politik semasa yang menggila ganas, keperluan Dr adalah lebih baik dalam kolumn Mingguan Malaysia kerana ia dibaca segenap lapisan walaupun Utusan Malaysia sendiri merupakan alat politik UMNO yang berat sebelah.

Adapun saya kurang bersetuju kerana hampir setiap artikel mingguan Dr ada menyebut tentang politik, namun mungkin Dr merasakan keperluannya di situ.Mungkin juga politik negara kita masih mempunyai banyak ruang untuk dibetulkan, sebab itu politik tidak pernah disisihkan dalam artikel mingguan Dr.

Akhir kata saya berharap Dr dapat mengadakan kuliah umum semasa cuti musim sejuk di Wales nanti. Selamat datang ke UK. Lawatlah Belfast. Rumah kami terbuka luas untuk Dr.

David Cameron quote

October 7th, 2008 by nubli

“Today is a time for us to send a clear message to our political opponents and to our country - let us not allow the political wrangling that took place in America to happen here in our own country.” 30 Sept 2008

 

As I said yesterday, on this issue, we must put aside our differences and work together with the government in the short-term to ensure financial stability.    1 Oct 2008

These two quotes by David Cameron indicate  two things:

1. How bad the current global economic form that induces the leader of the UK oppsosition party to come out with these kind of statement. Their economy was and is very good indeed, they have a very good parlimentiary meeting, very good decision maker, very good implementation. And it seems they know what dangers lie in front of them and ready to fight back for the country.

2. Then we should measure how is our administration working, how unefficient it is, bad delivery system, bad decision making, worse and worse global economic surrounding, fierce political turmoil and yet there is no concrete solution on how to overcome our economic sluggish.

Crazy Americans inject 0.7 trilion into their market but still their stock market plunging down, no sign of recovery.

They are crazy, but at least they are doing something for their country, how about us, should we call aourself mad? moron? stupid?

This is time to move. I’m not an economic expert but pretty sure our national economic is not in a good shape. Because of the political turmoil, nothing has been done to rectify the economic problem.

Political turmoil must be stopped. Anwar should stop to try to gain the PM post. we must concentrate on economy from now on. Or the consequence might be more frightening than nightmares.

Nubli

121 Donnybrook

Belfast

Hikayat Ladang Jagung Cikgu Anisah

September 13th, 2008 by nubli

Cikgu Anisah pernah berhikayat:

Suatu hari ade sorang laki ni. Die ditugaskan untuk pilih jagung dari lading jagung yang luasnya memang luas aaa. Maybe 61 kali lagi besar dari padang Wembley. Dan laki ni pun fikir:

“hmmm, aku mesti cari jagung yang paling besar, paling cantik, tak kene serangan serangga, fresh, warna kuning macam kuning dekat logo Griffindor (Harry Potter)…..”

Maka dia pon jalan. Jalan punya jalan sekali die jumpa satu jagung yang hampir sempurna dengan apa yang dia cari.

“Kalau aku jalan depan sikit aku mesti jumpa jagung yang lebih besar dari ni”

Dia pun tinggalkan jagung tu dan jalan lagi. Memang. Dia betul. Ada yang lebih besar dari yang pertama tadi. Dia pun belek jagung tu betul-betul.

“Alamak, dah mantap dah ni. Tapi kulit luar jagung ni ‘cemeh’ sikit aaaaa”

Maka dia pun jalan dan cari lagi

“Alaaaa, tak cukup kuning pulak”

Katanya bila jumpa jagung seterusnya. Dia terus berjalan dan mencari.

Sekali dia berhenti. Nampak dari jauh setangkal jagung yang besar, kulit licin, intact, warna kuning Griffindor. Tapi ada satu butir yang dah kene gigit musang.

“hmm, kat depan ni mesti ada yang lebih elok lagi”

Dia pun jalan dan jalan dan cari dan cari dan setiap kali jugak dia reject jagung yang dia jumpa.

Bila dia sampai kat hujung ladang, semua pokok jagung dia dah tengok. Tapi takde satu pun jagung yang dia ambil sebagaimana disuruh tadi.

Hopefully it won’t happen to me, you and all my friends.

 

Politik, politik, politik

September 10th, 2008 by nubli

 

Keadaan di Malaysia sekarang memang panas, bukan sebab cuaca, tapi keadaan politik yang bergolak dan tidak menentu. Penyokong-penyokong pakatan rakyat mengira detik 16 September sebagai tarikh pertukaran kerajaan, lebih kurang lima hari dari sekarang. Menurut pengumuman terbaru DSAI berikkutan langkah BNBBC menghantar ahlinya ke Taiwan untuk “Lawatan Sambil Belajar”, dan keberangkatan YDP Agong ke tanah suci Mekah, tarikh 16 September mungkin akan dipinda ke 20 September. Sebenarnya 20 September merupakan tarikh ulangtahun kebangkita gelombang reformasi pada 1999 setelah DSAI ditangkap oleh anggota SWAT Malaysia yang siap bertopeng ala-ala pemesin rumput. Tidak kisahlah, 16/9 atau 20/9 yang penting mood penyokong Pakatan Rakyat yang berjumlah sekurang-kurangnya 51% dari mereka yang keluar menugundi pada 8 Mac lepas.

 

Pernah sekali Wirawati dari negara antah berantah menanyakan satu soalan cepumas:

 

“kalau kita tukar kerajaan, apa jaminan keadaan jadi lebih baik. Tah-tah dari mulut buaya masuk mulut harimau”

 

Bagi saya, manusia tidak dapat melihat masa depan. Maka tiadalah jaminan ‘solid’ yang pertukaran kerajaan akan menjadi lebih baik. Tapi inilah hidup. Kita ambil contoh perkahwinan. Setiap orang yang berkahwin mestilah inginkan pengakhiran yang bahagia hingga ke akhir hayat. Tapi apa jaminan kalau kahwin hidup kita akan bahagia, akan jadi lebih baik? Bukankah kita lihat belakangan ini ramai pasangan yang bercerai? Jadi di mana kebahagiannya?

 

Sebenarnya kita sebagai manusia hanya  mampu merancang. Bukan! Kita bukan hanya mampu merancang. Kita mampu merancang dengan baik supaya hasil dihujung adalah kebaikan atau kebahagiaan yang dicari. Oleh itu, jika kita berbalik kepada contoh tadi, kalau nak berkahwin tidaklah kita main serkup ja. Bukanlah disuruh cerewet dalam memilih pasangan, cumanya perlulah dilihat juga sifat-sifat bakal pasangan, kemudian serahlah kepada Allah kerana bahagian kita sudahpun selesai.

 

Begitulah juga dengan pertukaran kerajaan. 51% memilih kerajaan Pakatan rakyat, walaupun angka itu masih belum cukup untuk Pakatan Rakyat memerintah negara. Kita berharap pertukaran ini membawa masa depan yang lebih baik kepada Malaysia dan anak cuc pada masa depan.

 

Ada pula pemimpin-pemimpin UMNO mengatakan pertukaran kerajaan ini TIDAK DEMOKRATIK. Kononnya cara demokratik itu hanyalah melalui undi. Ada dua benda yang lawak di sini:

 

1.     Macam mana pemimpin UMNO boleh bercakap tentang demokrasi kalau televisyen dan radio tiada ruang untuk pembangkang. Di dalam bidang perubatan terdapat satu istilah yang dipanggil “informed consent”. Contoh; Jika seorang pakar bedah hendak memotong kaki kanan seorang pesakit diabetes. Dia bukan sahaja mesti memperoleh kebenaran dari pesakit itu, malah mesti menerangkan secara terpeinci akan sebab-sebab, cara-cara dan kesan-kesan prosedur itu. Kemudian membiarkan pesakit membuat keputusan samada untuk memotong kaki tersebut atau tidak. Jika dia hanya beritahu pesakit “saya nak potong kaki pakcik” tanpa sebarang penjelasan maka pakar bedah itu telah melanggar etika perubatan atau melanggar undang-undang bergantung kepada negara. Maka bagaimana hendak kita katakan pilihanraya di Malaysia  adalah secara demokrasi jika maklumat yang menyeluruh diberikan kepada rakyat, kemudian kita menyuruh rakyat memilih. Ini demokrasi ka? Saya belum lagi mahu membincangkan keraguan tentang penipuan yang berlaku dalam pilihanraya. Bagi saya, saya belum layak membincangkannya sebab saya belum pernah melihatnya sendiri. Maka saya biarkan blogger-blogger lain untuk mengupas isu ini.

 

 

2.     Kalau lompat parti itu tidak demokratik, macam mana ia boleh dilakukan (feasible). Melainkan ada peruntukan dalam system demokrasi, lompat parti itu tidak boleh berlaku (unfeasible). Pada tahun 1999 DSAI telah pun lompat parti dari BN ke KEADILAN. Ia berlaku. It is feasible. Bermakna sebenarnya lompat parti ada dalam peruntukan demokrasi, bermakna ia sebahagian proses demokrasi, ia DEMOKRATIK.

 

 

Dan di akhirnya saya nak membincangkan tentang kenyataan yang ditimbulkan dalam blog seorang rakan:

 

“ Korang budak-budak biasiswa, kerajaan bagi duit, berjuta-juta, kenapa sokong pembangkang?”

 

Bagi saya ini adalah kenyataan tidak bertanggungjawab, mengelirukan dan tidak bersandarkan kebenaran.

 

Pertamanya kita hendaklah tahu membezakan antara kerajaan dengan parti yang memerintah. Kerajaan itu merupakan gabungan system kehakiman, perundangan dan eksekutif. Manakala parti yang sedang memerintah itu BN (ketika blog ini sedang ditulis) Maka, kalau la kita nak berkira pasal duit, duit tu duit kerajaan ke duit BN? Memang UMNO kaya. Dilaporkan mereka memperoleh 22 bilion ringgit semasa pilihanraya lepas. Dan yang dibelanjakan Cuma  lebih kurang 1 bilion. Tapi duit yang diberi jelas duit kerajaan, bukan duit parti yang memerintah aka BN. So tak timbul isu kena undi BN sebab biasiswa.

 

Ok, katalah BN yang bagi duit. Sejak bila pula kebenaran ditentukan dengan duit? Siapa ajar kebenaran ditentukan dengan duit? Kalau salah kata salah, betul kata betul. Kalau kebenaran itu berdasarakan siapa beri duit kepada siapa, maka tiadalah orang non muslim masuk islam sebab dia telah mengatakan agama ibu ayah yang membesarkannya sebenarnya salah. Kalau duit yang jadi ukuran maka siapa yang kaya dialah yang menang pilihanraya, tak kiralah seteruk mana pun orang tu.

 

Saya sebenarnya ingin juga menyentuh isu Melayu dan ISA, tapi tunggulah entry yang akan datang.

 

Salam Ramadan

 

 

Memilih kemudaratan yang kurang bila bertembung dua kemudaratan

August 24th, 2008 by nubli

         Keadaan negara bagaikan dalam keadaan perang. Semenjak Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan membina medan pertempuran baru semua pihak sedar pertandingan kali ini bukanlah seremeh pertandingan akhir Piala Dunia Bola Sepak. Atau pertandingan akhir untuk emas pertama Malaysia sukan Olimpik. It’s about do or die. Maka gendang perang dipalu. Pedang diasah. Perisai digilap. Gelanggang tersedia.

        Semenjak kejatuhan UMNO pada 8 Mac lalu, rakyat semakin resah. Yang bertanding memanglah resah, takut hilang kuasa, hilang harta, macam dunia ni untuk hidup selama-lamanya. Yang jelas rakyat semakin resah, masalah Negara makin bertambah-tambah. Tapi yang kelihatan tumpuan pimpinan tertinggi adalah bagaimana nak kembali mengumpul kuasa, atau macam mana nak pastikan tak kehilangan kuasa.Betul, kenaikan harga minyak tak boleh nak salah Paklah mentah-mentah. Tapi rakyat masih tak Nampak cara konkrit kerajaan nak selesaikan masalah. Even Anwar masa debat pun saya rasa takde konkrit solution. Saya selaku middle class rasa kenaikan harga minyak agak membebankan  tapi cuba fikir mereka yang earn RM 200+ dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau yang earn RM 500 dari kerja sebagai jaga. Mampukah orang-orang camni nak tanggung kenaikan harga barang dan minyak? Kalau kita rasa teruk macammana dengan orang-orang camni.

         Berbalik ke Permatang Pauh. Bahang pilihanraya memang terasa. Tapi orang pon dah keliru siapa yang betul siapa yang salah. UMNO dengan sumpah Najib, Saiful dan ditemani laporan berat sebelah tak agak-agak yang diketuai Utusan Malaysia, akhbar2 lain, Media Prima, RTM, lu fikirlah sendiri. Anwar pula still dgn senjata 8 Mac, blog, Youtube etc. Rakyat pon dah pening nak pilih yang mana. Kebobrokan yang berlaku dalam UMNO tak payah la nak hurai, semua orang tau. Anwar pulak Nampak macam terumbang-ambing dalam dalam prinsip-prinsip agama (quote www.drmaza.com). Inilah yang disebut SS Dr Asri sebagai “Memilih kemudaratan yang kurang bila bertembung dua kemudaratan”.

Tuan-tuan,

             Gelora politik mestilah ditamatkan secepat mungkin. Keadaan ekonomi Negara tak menentu, ditambah dengan harga minyak, harga makanan, ketidaktentuan ekonomi dunia, kesusutan nilai dollar dan banyak lagi. We know we’re capable to overcome this problem. Semua, ahli ekonomi, ahli akademik, golongan muda, saintis, perekacipta, pakar falsafah even pakcik petani dekat kampong pun perlu turut serta dalam fikir risau, mesyuarat, sumbang saran untuk membantu memulihkan keadaan Negara. Tapi, on top of that, gejolak politik Negara mesti ditamatkan.

             Esok kami (saya dan rakan-rakan) akan memulakan perjalanan sebagai 3rd year medicine. It’s unbelievable that we’re already at this level. Alhamdulillah, segala puji hanyalah untukNya. Make doa for us, Insyallah, we’ll back in next few years and join the forces to improve Malaysia and muslim world.

Walhamdulillahirabbil ‘alameen.

New Semester, I’m Back!

August 20th, 2008 by nubli

                                      New Semester, I’m Back!

       I’m not sure when was my last write up and what was it about. Now I’m back for the new semester. I hope this new semester will fire up my spirit to write more entry, more frequent, compared to what I have had here in  last four years. I realise there are few friends of mine who are really updating their blog frequently and that’s why I think I should put more and more entry into mine.

           Coming back to Belfast, I feel like return to my hometown which I have left since I was born but realise this place is not meant to be mine. Now I’m going into third year which is quite unbelievable. “Clinical year”. It sounds too good but here we are. I’ll have around 10 attachments around Northern Ireland, mainly in Belfast. In fact good thing about third year is we don’t have examination at the end of the year which mean you have a real holiday during Chrismast break, no need to mess up your head with revision during the whole holiday. But the bad side is the sole third year exam in June is quite tough that some of my seniors fail a paper and need to resit. We need to pull up our socks and make sure we prepare for the exam thoroughly and early.

           This new semester introduction entry shouldn’t be long I suppose and I shall update in near time.